1

1.0 LATAR BELAKANG
AirAsia Berhad ialah sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur , Malaysia . AirAsia ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996. Ia diasaskan oleh konglomerat milik kerajaan , DRB-Hicom . Pada 2 Disember 2001, syarikat penerbangan Airasia yang mempunyai banyak hutang itu dibeli oleh bekas eksekutif Time Warner, Tony Fernandes, syarikat Tune Air Sdn Bhd untuk jumlah wang satu ringgit (kira-kira US $ 0.26 pada masa itu) dengan nilai AS $ 11 juta (MYR 40 juta) hutang. Tony Fernandes menghidupkan syarikat itu dengan menghasilkan keuntungan pada tahun 2002 dan melancarkan laluan baru dari habnya di Kuala Lumpur , memintas bekas operator monopoli Malaysia Airlines dengan tambang promosi serendah MYR 1 ( US $ 0.27). Pada tahun 2003, AirAsia membuka hub kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru berhampiran Singapura dan melancarkan penerbangan antarabangsa pertamanya ke Bangkok .AirAsia kemudian memulakan syarikat Thailand AirAsia , dan memulakan penerbangan ke Singapura dan Indonesia . Penerbangan ke Macau bermula pada bulan Jun 2004, dan penerbangan ke tanah besar China ( Xiamen ) dan Filipina ( Manila ) pada April 2005. Penerbangan ke Vietnam dan Kemboja pada tahun 2005 dan ke Brunei dan Myanmar pada tahun 2006, oleh Thai AirAsia. Pada bulan Ogos 2006, AirAsia mengambilalih laluan Perkhidmatan Penerbangan Luar Bandar Malaysia di Sabah dan Sarawak , beroperasi di bawah jenama Fly Asian Xpress . Laluan-laluan itu dikembalikan kepada MASwings setahun kemudian, dengan alasan komersial.

Pada akhir tahun 2006, Tony Fernandes melancarkan rancangan lima tahun untuk meningkatkan lagi kehadiran AirAsia di Asia. Di bawah rancangan itu, AirAsia mencadangkan untuk meningkatkan rangkaian laluan dengan menghubungkan semua destinasi sedia ada di seluruh rantau ini dan mengembangkan lagi ke Vietnam, Indonesia, China Selatan (Kunming, Xiamen, Shenzhen) dan India. Melalui syarikat-syarikat , Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia, rancangan itu memberi tumpuan kepada pembangunan habnya di Bangkok dan Jakarta . Dengan peningkatan kekerapan dan penambahan laluan baru, AirAsia menambah jumlah penumpang kepada 13.9 juta pada tahun 2007.Pada tahun 2007, para penumpang dari “The Barrier-Free Environment and Accessible Transport Group” membantah syarikat penerbangan tersebut atas keengganannya untuk menerbangkan penumpang yang kurang upaya. Mereka mendakwa bahawa orang kurang upaya telah mendiskriminasi ketika membuat tempahan tiket dalam talian. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu berkata ia tidak menolak penumpang yang berkerusi roda.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Pada 27 September 2008, syarikat itu mengumumkan 106 laluan baru untuk ditambah ke dalam senarai 60. Bilangan laluan lama yang dihentikan belum didedahkan.

Pada bulan Ogos 2011, AirAsia bersetuju untuk membentuk satu pakatan dengan Malaysia Airlines melalui pertukaran saham. Perikatan itu telah dibantah oleh kerajaan Malaysia, dengan itu perjanjian kedua-dua syarikat penerbangan itu telah terjejas.

Pada awal tahun 2013, keuntungan AirAsia meningkat sebanyak 168% berasaskan tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama tahun 2012. Bagi suku yang berakhir pada 31 Disember 2012, keuntungan bersih syarikat penerbangan itu berjumlah 350.65 juta ringgit (AS $ 114.08 juta). Walaupun kenaikan harga purata 1%, syarikat penerbangan mencatatkan keuntungan sebanyak 1.88 bilion ringgit untuk tahun 2012 .Pada bulan Februari 2013, AirAsia mengemukakan permohonan kepada Lembaga Promosi Pelaburan Asing India, melalui cabang pelaburannya, AirAsia Investment Limited, untuk mendapatkan kelulusan untuk memulakan operasinya di India. AirAsia meminta untuk mengambil 49% kepentingan dalam syarikat penerbangan India, yang merupakan maksimum yang dibenarkan oleh kerajaan India pada masa itu. AirAsia komited untuk melabur sehingga US $ 50 juta dalam syarikat penerbangan baru itu. Operasi akan bermula di Chennai , memperluaskan rangkaiannya di seluruh India Selatan, di mana AirAsia sudah mengendalikan penerbangan dari Malaysia dan Thailand.

2.0 PENGURUSAN SYARIKAT
2.1 PERANCANGAN
Definisi : Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
Visi : Satu penyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesuatu organisasi. Ianya juga merupakan sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai.

Visi untuk Syarikat AirAsia Berhad ialah menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.

Misi : Tujuan utama sesuatu organisasi ditubuhkan.

Misi untuk Syarikat AirAsia Berhad ialah :Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja
Mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia
Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan AirAsia
Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan
Objektif : Merupakan sasaran atau hasil akhir yang cuba atau dijangka dapat dicapai oleh sesebuah organisasi.

Objektif untuk Syarikat AirAsia Berhad ialah untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan yang mampu digunakan oleh semua lapisan pengguna, kos yang murah, kekerapan jadual penerbangan, lokasi yang menarik, dan perjalanan yang mudah, selesa dan menyeronokkan menjadi landasan utama perniagaan AirAsia Berhad.

Untuk mencapai visi, misi dan objektif syarikat AirAsia Berhad ialah syarikat telah beroperasi selama lebih daripada 20 tahun dan membuat pelbagai jenis promosi serta membuka lebih banyak rangkaian laluan.
Syarikat AirAsia telah menjalankan perancangan jangka panjang iaitu melebihi lima tahun. Pada akhir tahun 2006, Tony Fernandes melancarkan rancangan lima tahun untuk meningkatkan lagi kehadiran AirAsia di Asia. Di bawah rancangan itu, AirAsia mencadangkan untuk meningkatkan rangkaian laluan dengan menghubungkan semua destinasi sedia ada di seluruh rantau ini dan mengembangkan lagi ke Vietnam, Indonesia, China Selatan (Kunming, Xiamen, Shenzhen) dan India. Melalui syarikat-syarikat , Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia, rancangan itu memberi tumpuan kepada pembangunan habnya di Bangkok dan Jakarta . Dengan peningkatan kekerapan dan penambahan laluan baru, AirAsia menambah jumlah penumpang kepada 13.9 juta pada tahun 2007.

2.2 PENGORGANISASIAN
Definisi : Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi dengan cekap dan berkesan.

PIHAK PENGURUSAN SYARIKAT AIRASIA BERHAD

Struktur yang digunakan oleh Syarikat AirAsia Berhad ialah struktur fungsian. Struktur fungsian merupakan pengelompkan aktiviti atau tugas berdasarkan fungsi asas organisasi. Ini menunjukan kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran , kemahiran dan aktiviti kerja.Hal ini dapat meningkatkan penumpuan kepada bidang kuasa yang ditentukan sahaja. Dengan ini, hasil tugasan yang diberikan dapat dihasilkan dengan lebih sistematik.
Prinsip pengorganisasian yang dijalankan oleh Syarikat AirAsia Behad ialah pengkhususan kerja. Pengkhususan kerja ialah menumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang. Oleh itu, pekerja dapat menumpukan kepada kerja yang tertentu sahaja serta dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan dalam sesuatu kerja. Sebagai contoh, ketua kejuteraan iaitu Nadzri Hashim seorang yang pakar dalam bidang kejuteraan yang memastikan pesawat berada dalam keadaan baik. Justeru, prisip pengkhususan kerja ini adalah yang terbaik dan menjadi panduan Syarikat AirAsia Berhad.

2.3 KEPIMPINAN
Definisi : Suatu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi.
Gaya kepimpinan berhubung dengan pendekatan atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi subordinatnya. Gaya kepimpinan yang dijalankan oleh ketua pegawai eksekutif Syarikat AirAsia Berhad iaitu Tony Fernandes ialah gaya kepimpinan demokratik. Hal ini kerana Tony sendiri yang mendengar pandangan dan idea daripada pekerja setiap bahagian dan peringkat. Idea yang bagus dan hujah yang bernas oleh pekerja akan diberikan perhatian lebih. Cara ini akan memberikan keputusan yang lebih berkualiti di samping dapat memajukan bakat dan meningkatkan kemahiran perkerja itu sendiri. Pekerja akan lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama. Pada tahun 2009, Tony telah menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Kepemimpinan Frost & Sullivan 2009 oleh Frost & Sullivan.

Motivasi : Proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai matlamat.

Kaedah memotivasikan perkerja yang digunakan oleh Syarikat AirAsia Berhad ialah memberikan kualiti suasana kerja (KSK). Kualiti suasana kerja melibatkan usaha mewujudkan suasana bekerja untuk meningkatkan motivasi pekerja, kepuasan, dan komitmen sebagai faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi. Faktor yang dikaitkan dengan kualiti suasana kerja ini yang dilakukan oleh AirAsia Berhad ialah persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Ini dapat dibuktikan berdasarkan misi Syarikat AirAsia Berhad itu sendiri iaitu pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja
2.4 KAWALAN SYARIKAT
Definisi : Proses memantau prestasi dan pengambilan tindakan untuk memastikan hasil tercapai seperti yang dijangkakan.
Kawalan mempunyai tiga kaedah yang terdiri daripada kawalan awalan, kawalan semasa dan kawalan selepas.

Kawalan awalan merupakan kawalan yang dibuat terhadap input untuk memastikan input yang digunakan semasa proses transformasi telah memenuhi standard atau piawaian yang tertentu. Syarikat AirAsia Berhad membuat kawalan terhadap pesawat yang akan digunakan oleh penumpang telah diselenggara dengan baik dan mengikut standard atau piawaian yang ditentukan.
Kawalan semasa merupakan kawalan yang dilakukan semasa proses transformasi input kepada output berlaku. Syarikat AirAsia Berhad melakukan kawalan terhadap perkhidmatan yang diberikan semasa dalam perjalanan mengikut standard atau piawaian yang telah ditetapkan.
Kawalan selepas merupakan kawalan terhadap output yang dihasilkan. Syarikat AirAsia Berhad memastikan penumpang berada dalam keadaan selesa dan selamat semasa tiba di destinasi yang ditetapkan. Ini dapat diketahui melalui maklum balas daripada pelanggan yang telah menerima perkhidmatan daripada Syarikat AirAsia Berhad.
3.0 PENUTUP
Syarikat AirAsia Berhad merupakan satu industri penerbangan tambang murah yang terkenal di serata dunia. Syarikat ini telah memenuhi segala elemen-elemen pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan syarikat. Ini menunjukkan Syarikat AirAsia Berhad mempunyai pengurusan yang terbaik untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, Syarikat AirAsia Berhad sentiasa mempelbagaikan promosi dari semasa ke semasa untuk menarik lebih banyak pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan AirAsia Berhad. Dengan ini, Syarikat AirAsia Berhad dapat mengekalkan syarikat mereka sebagai kuasa monopoli dalam penerbangan tambang murah.

Oleh itu, saya berharap agar semua syarikat penerbangan dapat memenuhi dan mengamalkan segala elemen-elemen pengurusan yangtelah dinyatakan di dalam kajian ini agar semua syarikat dapat maju dan meningkatkan prestasi seluruh dunia.

4.0 LAMPIRAN
Sumber rujukan :
https://en.wikipedia.org/wiki/AirAsiahttps://www.airasia.com/my/ms/about-us/airasia-mission-vision-values.pagehttps://www.slideshare.net/TieyraAtie/perniagaan-antarabangsa-airasia-berhadhttp://www.astroawani.com/berita-bisnes/pelan-jangka-panjang-airasia-untuk-jadi-syarikat-pegangan-asean-104889http://quotes.wsj.com/MY/XKLS/AIRASIA/company-peoplehttp://usahawanwibawa.blogspot.my/2013/09/tony-fernandes-airasia.htmlhttps://www.airasia.com/my/ms/about-us/awards.pageGambar:

x

Hi!
I'm Larry!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out