Ibnu Sina merupakan seorang pakar perubatan islam yang terkenal

Ibnu Sina merupakan seorang pakar perubatan islam yang terkenal, dan tokoh ilmuan islam yang begitu banyak menyumbangkan pemikirannya dalam tamadun Islam. Pemikiran beliau masih lagi digunakan dan dijadikan bahan rujukan terutamanya dalam bidang perubatan. Beliau juga merupakan pakar dalam ilmu falsafah dan beliau telah menyatakan beberapa pandangannya tentang jiwa manusia, logik dan sebagainya. Ibnu Sina adalah seorang karyawan yang berjaya menghasilkan beberapa buah buku. Antara kitab yang telah merungkai pelbagai jenis penyakit adalah Kitab Qanun At-Tib. Kitab ini juga telah diterjemahkan kepada beberapa Bahasa dan dijadikan rujukan kepada semua pelajar perubatan. Ibnu Sina amat mahir dalam bidang ilmu matematik, agama, fizik dan lain-lain. Sumbangan beliau amat besar kerana segala pemikirannya, falsafah dan teorinya masih lagi digunakan sehingga ke zaman moden. Beliau juga telah memberi sumangan kepada kemajuan dunia dalam bidang pendidikan dan perubatan.

RIWAYAT HIDUP IBNU SINA
Ibnu sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenar beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna. Bapa beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan merupakan seorang gabenor pada masa kerajaan samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai dan Hamadan.
Pendidikan awal ibnu Sina pada masa Kanak-kanaknya ialah al-quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ketika usia beliau 5 tahun, beliau mula mempelajari al-quran dan mula menghafaz al-quran pada usia 10 tahun. Beliau menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji binatang. Beliau telah menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, kedoktoran hingga beliau berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangan meminati ilmu kedoktoran dan metafizik. Beliau telah dikenali sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara sewaktu beliau berusia sekitar satu hingga lima tahun.
Beliau mula menjadi doctor ketika berusia 18 tahun. Beliau mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur iaitu pemerintah kerajaan samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Dalam perlantikan tersebut beliau tidak melepaskan peluangnya dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Ibnu Sina digelar Al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doctor” dan “raja ubat”.
Dalam dunia islam, beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi meneri sebanyak dia kali, kerana beliau terlibat dalam persoalan politik dan pernah dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh beliau dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang dituis beliau, semuanya tidak kurang daripada 200 buah dan kebanyakannya berbahasa arab dan parsi.
Kewafatan beliau pada umur 58 tahun, iaitu pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijrah, di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor”. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doctor muslim lain yang disemadikan di kawasan tersebut.

SUMBANGAN DAN KITAB
i. SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
Karya dalam perubatan:
Beliau telah banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti Al-Qanun Fi Al-Tib, Al-Adwiyah Al-Qalbiyyah, dan Al-Alfiyyah Al-Tibbiyyah. Karya beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai Bahasa seperti Inggeris,Hebrew dan Latin.
Kitab beliau Al-Qanun Git-Tibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden telah banyak dipelajari daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Karya beliau Al-Qanun Fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum di terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cermona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke Bahasa latin. Buku ini telah menjadi rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga1500 M. Buku tersebut juga telah dicetak semula sebanyak 16 kali dan mempunyai 15 edisi dalam Bahasa Latin dan sebuah edisi dalam Bahasa Yahudi (Hebrew). Buku tersebut juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali, dan pada 16M buku ini dicetak sebanyak 21 kali.
Kitab Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya seagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Selain itu, Prof.Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai ensklopedia kedoktoran. Buku ini telah dicetak dalam 15 buah Bahasa dan telah siap dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun. Pada abad ke-17, buku ini telah menjadi rujukan asas di unibersiti-universiti di Itali dan Perancis. Buku tersebut masih di cetak sehingga abad ke-19 dan digunakan oleh para pelajar perubatan dan dijadikan rujukan utamadalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt Universiti Germany, Universiti of Paris,dan Oxford Universiti. Kitab Al-Qanun Fit-Tibb juga turut menceritakan tentang perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku ini telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Ibnu Sina telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak berkenaan dengan perubatan. Beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.

PENCAPAIAN DALAM BIDANG PERUBATAN
Penemuan penyakit baru dan puncanya seperti pengaruh kuman dalam penyakit jangkitan virus seperti TB Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.
Penemuan dalam bidang farmasi iaitu menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit menghasilkan ubat bius membangunkan teknologi perubatan mencipta benang yang khusus untuk menjhit luka pembedahan mencipta picagari.
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam perubatan ialah memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis.

ii. SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
Ibnu Sinaa merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal dan beliau telah menulis sebuah buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Ketika beliau berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama iaitu berjudul Al-Majmu yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.
Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti mantik, matematik, astronomi, falsafah, sains politik, kimia, biologi dan fizik. Domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir telah menghimpun karya-karya tersebut. Pada tahun 1950 Masihi karya tersebut diterjemahkan ke dalam Bahasa arab dan di namakan sebagai Muallafat Ibnu Sina (Karya-karya Ibnu Sina). Nama Ibnu Sina di agunakan oleh sebuah universiti iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina) sempena menghargai jasa beliau.

PENEMUAN-PENEMUAN BARU
Ibnu Sina juga dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan barunya. Terdapat beberapa penemuan baru antaranya dalam bidang geografi, geologi dan kimia.

Bidang Geografi
Ibnu sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhunung yang berasal dari gunung-gunung dan lembah-lembah. Beliau juga telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori yang pada ketika itu ahli Yunani dan Romani gagal melakukannya sejak dari Aristotles.

Bidang Geologi, Kimia.
Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) telah menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau juga telah meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan lain. Hal ini kerana setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan itu telah memperkembangkan lagi ilmu kimia yang dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim.

Kesimpulan.
Kesimpulannya, Ibnu Sina telah banyak memberikan sumbangan dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Beliau juga seorang yang tidak mengenal putus ada dalam mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan suatu masalah. Beliau juga seorang yang berinovatif kerana banyak menghasilkan kerya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Beliau juga seorang yang taat pada agama kerana sering ke masjid untuk meminta petunjuk dan berdoa kepada Allah SWT apabila menghadapi kebutuhan dalam menyelesaikan suatu masalah. beliau juga memiliki akal yang cerdas dan sangat tekun dalam mempelajari sesuatu. Ketiadaan Ibnu Sina telah dianggap sebagai kehilangan yang besar kepada dunia kerana beliau merupakan seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman. Beliau bukan sahaja masyhur dalam bidang perubatan, malah beliau juga hebat dalam bidang falsafah yang dapat mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (Al-Farabi).